Dan hari ini aku masih terlantar di dalam bilik diatas tilam yang empuk beranginkan kipas yang tak berapa nak rasa angin,memang angin kepala aku ni heh.
Seperti biasa,aku masih melangok duduk online, akan tetapi sekurang kurangnya sebelum ni aku boleh juga ke sana ke mari.Tetapi hari ni aku hanya terlantar bagai orang sakit. Ye mmg aku sakit,sakit hati dgn kau maggie.hikhik(amboi kemain salahkan maggie).Bukan aku nak menyalah kan maggie tapi maaf ye maggie mungkin memang kita tidak berjodoh.Adapun dari dulu aku mmg tak gemar akan mu wahai maggie(ayat kemain puitis aku bagi).
Tak tahu semalam kenapa gatai tangan sangat aku masak maggie lepas sesudahaku makan tengahari. Langsung malam tadi aku di serang food poisoning,kepala pening,loya,ceret berot dan semua serba serbi tidak kena.Rengetan aku bagaikan budak kecil yang meminta susu dari ibunya.Haihh apalah malang nasib aku.Sudah tahu tidak boleh makan maggie lagi disentuh maggie buat apa?Ya memang silap besar.Aku cuma mahu membiasakan diri dengan maggie supaya pada pandangan mata lain aku sama seperti mereka yang menggangap maggie adalah makanan segera yang paling sedap.Tapi malangnya mungkin pada mereka tetapi tidak pada aku.Ternyata angan-angan aku hanyalah sia-sia dan memakan diri sendiri.
Natijah nya,aku juga lah yang menanggung semua keperitan yang dirasai hari ni.Maafkan jika aku nampak pelik di kalangan kalian,namun tentu maggie bukan penghalang untuk aku menikmati makanan yang lain bukan?hik hik .Tepuk perut tanya selera :)