Sejujurnya mmg aku banyak menghabiskan masa di hadapan laptop dan mencari apa yang boleh aku baca.Dan tiba-tiba aku terbaca satu perkataan iaitu "istiqamah".Apa itu istiqamah? Mmg aku tidak nafikan,aku mempelajarinya di sekolah rendah agama.Yes,mmg agak lama dan aku sendiri jarang untuk beristiqamah kan diri aku.Heh apa nok jadi pung dok tahu lah.Maka aku mengoogle and here i found!
Istqamah dalam perjuangan
Perjuangan yang suci di redhai Allah tidak terlepas daripada cabaran terutamanya perjuangan menegakkan Islam sama ada dalam diri, dalam keluarga dan dalam masyarakat. Cabaran itu hanya akan dapat di atasi oleh semangat jihad yang tinggi, beristiqamah, bersabar dan tidak berputus asa.
Firman Allah Taala:
(Surah Yusof ' Ayat 87)
"Ertinya: Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir"
Antara halangan untuk kita beristiqamah adalah seperti berikut :
1.Halangan diri sendiri seperti malas, takut, gagal, rendah semangat, malu, tahap pencapaian rendah.
2.Halangan orang lain seperti gangguan, pengaruh, menolak peluang dan tidak mahu berkerjasama.
3.Halangan suasana yang tidak selesa atau tidak sesuai.
4.Halangan wang atau kebendaan.
Ap yang perlu kita buat :
1. Kuatkan azam
2. Berusaha dengan tetap dan bersungguh-sungguh.
3. Tidak patah semangat.
4. Tidak kecewa dan putus asa.
5. Tabah dan sabar menghadapi cabaran dan ujian.
6. Sentiasa berfikir.
7. Banyak berzikir dan berdoa kepada Allah Taala.
8. Bertawakal dan bersyukur.
Its so simple right? but still you can understand the meaning.Just wanna share something that i think maybe one of us have forget the meaning of "istiqamah".
Insyaallah :)
ikhsan daripada [here]

No comments:
Post a Comment